Pemakanan
Ketika Mengandung
Dr. Tee E
Siong, Nutritionist
- |
Apa yang anda makan ketika hamil, si bayi turut
‘makan’. Jika tabiat pemakanan anda tidak sihat kerana
kekurangan atau berlebihan nutrien tertentu, kesihatan bayi dalam
kandungan mungkin terjejas. “Saya berpendapat bahawa setiap ibu sedar akan penjagaan pemakanan,” kata Tey Wan Chee, yang sibuk dengan mengasuh bayi perempuannya berumur 12 bulan dan seorang lagi yang masih dalam kandungan. “Tetapi sebenarnya, saya tidak buat apa-apa yang drastik terhadap tabiat pemakanan saya. Anda hanya perlu pastikan supaya tidak makan benda yang kurang sihat.” “Ibu saya pula memastikan bahawa saya minum banyak susu. Jika saya rasa seperti tidak mahu minum susu, dia beri saya makan keju – saya rasa dia bimbang paras kalsium saya!” sambung Wan Chee sambil ketawa. DUGAAN SEMASA MENGANDUNG Betul kata Wan Chee. Kebanyakan ibu memang tahu bahawa pemakanan baik merupakan asas mengandung dengan sihat. Masalah sebenarnya berlaku apabila ‘dugaan’ mengandung muncul. Rasa loya, mengidam dan cerita-cerita lama tiba-tiba ‘menyerang’ dunia pemakanan anda, menyebabkannya goyah. Siapa yang anda patut dengar? Berikut adalah beberapa panduan nasihat: |
|
|
|
Ibu mertuaku sentiasa beri saya makanan.
Dia kata saya sedang “makan untuk dua”. Tidak, anda tidak harus “makan untuk dua”. Pertambahan berat yang berlebihan ketika hamil mengakibatkan masalah kesihatan untuk anda dan bayi. Anda akan mendapati susah untuk mengurangkan berat selepas bersalin. Sebagai panduan am, jika berat badan sebelum hamil adalah normal, berat badan anda sepatutnya meningkat sebanyak 12 – 16 kg. Saya dinasihatkan supaya menjauhi daripada makanan ‘sejuk’, ‘berangin’, ‘panas’ dan ‘beracun’. Tinggal apa lagi yang boleh dimakan? Itu adalah pantang larang tradisional yang belum dibuktikan secara saintifik. Namun jika pantang larang tersebut (seperti tidak makan cili, nenas atau minum air kelapa) membawa sedikit kelegaan kepada anda, mengikutinya tidak mungkin berbahaya. Elakkan daripada keterlaluan seperti tidak memakan makanan yang mengandungi zat penting. |
Si
Bayi Perlu Makan!
Nutrien penting dan peranan masing-masing:
|
Prinsip-prinsip Untuk ‘Makan’ |
Pastikan makanan seimbang.
- Adakah saya pilih makanan yang membekalkan berbagai-bagai
nutrien?
- Adakah saya makan banyak buahbuahan dan sayur-sayuran?
- Adakah saya mempunyai lebih karbohidrat, kurang protein
dan lagi kurang lemak dalam setiap sarapan? Cuba sesuatu yang
berbeza setiap hari.
- Pernahkah saya makan ini semalam, kelmarin dan hari sebelum
itu?
- Sudahkah saya cuba semua jenis sayuran, buah-buahan, bijirin, kacang dan lain-lain makanan yang berbeza?
- Mengapa bosankan diri sendiri dengan makanan yang sama
setiap hari? Rancang pemakanan anda.
- Apa yang saya ingin makan minggu ini?
- Bagaimana saya boleh buat sarapan lebih berzat (tambah
sayur) atau lebih sihat (masak dengan kurang minyak)?
- Adakah makanan mahal semestinya perlu? Jangan mendatangkan
keracunan makanan kepada diri sendiri.
- Adakah makanan saya segar, dibersihkan dengan sempurna
dan dimasak dengan baik?
- Patutkah saya makan di gerai tepi jalan yang menghidangkan
makanan tidak ditutup?
- Bolehkah saya makan sarapan ringkas yang disediakan di rumah untuk menggantikan makan di luar?
No comments:
Post a Comment