July 8, 2011

Ubat Tradisional & Komplimentari

Ubat Tradisional & Komplimentari

Pengenalan

  • Ubat Tradisional dan Komplementari dipraktiskan bersama, selain daripada amalan perubatan atau pembedahan, oleh pengamal perubatan berdaftar seperti yang ditakrifkan dalam Akta Perubatan 1971.
  • Di bawah peraturan Kawalan Ubat dan Kosmetik, "ubat tradisional" bermakna sesuatu produk yang digunakan dalam amalan "ubat indigenus" , di mana ubat tersebut mengandungi satu atau lebih bahan semula jadi dalam tumbuhan, haiwan atau bahan galian dalam bentuk bahan mentah atau diekstraks secara kasar; dan perubatan homeopati.
  • Pengubatan Alternatif dan Komplementari (CAM) adalah satu amalan penjagaan kesihatan yang amat luas, yang bukannya sebahagian daripada amalan perubatan moden. Ia termasuk semua amalan dan idea tersendiri pengamalnya sebagai langkah mencegah atau merawat penyakit atau meningkatkan kesihatan dan keadaan diri.

Mengenai Ubat Tradisional Dan Komplimentari

  • Ubat-ubatan komplementari adalah satu terma yang boleh digunapakai dan ditukarganti dengan ubat-ubatan alternatif.
  • Menggunakan banyak bahan semulajadi sebagai ubat (contoh: pokok, herba, haiwan dan bahan galian asas untuk ubat-ubatan).
  • Boleh bersangkutpaut dengan penggunaan rawatan spiritual, teknik manual dan senaman.
  • TCM adalah dianggap tidak mahal berbanding dengan perubatan moden tetapi jumlah wang yang dibelanjakan oleh pesakit kadangkalanya tinggi.
  • TCM adalah diterima secara meluas terutamanya di kawasan luar bandar (kerana kaitannya dengan budaya dan kepercayaan).
  • Jenis Ubat tradisional yang terdapat di Malaysia:
    • Ubat Tradisional Melayu
    • Ubat Tradisional Cina
    • Ubat Tradisional India
    • Ubat Tradisional Iban

Keperluan Pendaftaran Untuk Ubat Tradisional

  • Semua ubat-ubatan tradisional di Malaysia perlu didaftarkan dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah.
  • Pendaftaran ubat tradisional adalah untuk memastikan ianya adalah selamat dan berkualiti.
  • Pengkelasan ubat tradisional:
    • Produk dalam bentuk pil, tablet, kapsul dan sebagainya yang mengandungi bahan semulajadi daripada tumbuhan, mineral atau sumber haiwan dalam bentuk bentuk asalnya atau bentuk ekstrak secara kasar.
    • Ubat tradisional untuk kegunaan luar yang mengandungi campuran kapur barus, menthol, dan /atau minyak esensial.
    • Produk kesihatan dan pemakanan yang mengandungi bahan semulajadi tumbuhan atau sumber haiwan dalam bentuk asal atau bentuk ekstrak secara kasar.
    • Produk kosmetik yang mengandungi bahan herba yang digunakan sebagai rawatan.
    • Minuman keras bagi tujuan perubatan, yang mengandungi bahan ubat tradisional.
    • Teh ubatan herba.
    • Sediaan anti-bintik hitam dan anti-kelemumur serta plaster yang mengandungi bahan aktif herba.

Panduan Menggunakan Ubat Tradisional (Termasuk Suplemen Herba)

  • Ubat tradisional/herba boleh bertindak dengan cara yang sama sebagaimana ubat moden. Oleh itu ianya juga boleh mendatangkan kesan mudarat jika diambil berlebihan atau secara tidak betul.
  • Walaupun ianya dilabelkan sebagai bahan semulajadi, ini tidak bermakna ianya selamat dan tidak memberikan kesan berbahaya. Sebagai contoh Kava telah dikaitkan dengan kerosakan hati yang teruk.
  • Wanita yang hamil atau menyusukan anak perlu lebih berhati-hati terhadap penggunaan suplemen herba. Begitu juga kanak-kanak yang diberi suplemen herba.
  • Sekiranya anda sedang menggunakan suplemen herba, sila maklumkan pada doktor atau ahli farmasi, kerana suplemen herba boleh berinteraksi dengan ubat moden dan menyebabkan kesan yang memudaratkan.

Serba Sedikit Mengenai Interaksi Yang Sangat Penting

  • Gingko - warfarin, aspirin:
    (berpotensi meningkatkan risiko pendarahan)
  • Ginseng - warfarin:
    (guna dengan berhati-hati, kesan ginseng tidak dapat diramalkan ke atas warfarin)
  • Horse Chestnut - warfarin:
    (berpotensi meningkatkan risiko pendarahan)
  • St John's Wort - Theophyline:
    (mungkin menurunkan keberkesanan theophyline jika digunakan bersama)
  • St John's wort - cyclosporine:
    (mungkin menurunkan keberkesanan cyclosporine)
  • St John's wort - digoxin:
    (mungkin menurunkan keberkesanan digoxin)
  • St john's wort - oral contraceptive :
    (mungkin menyebabkan pendarahan di antara pusingan haid, dan pendarahan haid yang tidak teratur)
  • St John's Wort - warfarin:
    (mungkin menurunkan keberkesanan warfarin)

Beberapa Sumber Bahan Semula Jadi Yang Terdapat Dalam Ubat Tradisional Di Malaysia

  • Tongkat Ali (Eurycoma longifolia)

  • Hempedu Bumi (Andrographis Paniculata)

  • Cotet Emas :
    digunakan untuk kesihatan wanita, terutamanya selepas bersalin
  • Misai Kucing (Orthosiphonis spp):
    untuk sakit sendi

  • Bunga Raya (Hibiscus spp)
    (akar- untuk rawatan demam dan lain lain, jus dari akar dan daun untuk masalah kulit, bunga untuk kosmetik)

  • Mengkudu (Morinda citrifolia):
    hilangkan rasa sakit, untuk perut kurang hadam
  • Dukung Anak

  • Pegaga

  • Gamat (Stichopus variegatus)


perubatan dan kehamilan

Kehamilan & Perubatan

Bagaimanakah kesan ubat-ubatan di atas kehamilan anda?

Ubat-ubat tertentu boleh memberi kesan buruk keatas janin pada bila-bila masa semasa mengandung. Sekiranya anda mengandung, ataupun merancang untukhamil, anda haruslah mengurangkan penggunaan ubat-ubatan dan juga sebarang ramuan herba yang boleh di beli di farmasi. Sesetengah ubat adalah selamat digunakan (contohnya penisillin). Terdapat juga ubat-ubatan yang tidak selamat digunakan (contohnya talidomida). Adalah sangat mustahak anda mendapatkan nasihat daripada anggota profesional perubatan sebelum pengambilan sebarang ubat-ubatan.

Apakah langkah pengawasan yang perlu anda ambil?

  • Berbincanglah dengan doktor ataupun ahli farmasi sebelum mengambil sebarang ubat-ubatan.
  • Sekiranya anda makan ubat secara tetap (contohnya untuk rawatan sawan), adalah penting bagi anda untuk berbincang dengan doktor terlebih dahulu sebelum hamil.
  • Sekiranya anda hamil tanpa dirancang, berbincanglah dengan doktor anda seawal mungkin mengenai ubat-ubatan yang sedang anda ambil.

Apakah ubat-ubatan yang biasa diberikan semasa kehamilan?

Masalah Jenis ubat-ubatan
Melegakan kesakitan,sakit kepala, sakit belakang atau demam
  • Paracetamol
Sembelit
  • Serat (bran, ispagula dan sterkulia).
  • Julap (laktulosa - selamat bagi jangka masa pendek).

(Tingkatkan pengambilan serat dan cairan sebanyak mungkin).

Buasir / urat timbul (pengembangan pembuluh verikosa)
  • Diosmin, hesperidin (Daflon
Batuk dan selesema
  • Guaifenesin dan dekstrometorfan
  • Difenhidramin (Benadryl)
  • Ubat batuk Vicks
  • Vicks VaporRub
Melegakan Alahan
  • Klorfeniramin (boleh menyebabkan mengantuk)
  • Dekongestan ataupun pelega kesesakan dada (Pseudoefedrin, fenilefrin, oksimetazolin) perlu dielakkan diawal kehamilan.

(Elakkan penggunaan semburan dekongestan kerana pegunaan berterusan akan merosakkan saluran dalaman hidung.

Ketidakhadaman, kembong perut, ketidakselesaan perut
  • Antasid untuk ketidakhadaman asid atau pedih ulu hati (Mylanta, Maalox, Gelusil).
  • Simetikon untuk perut kembung


Penjagaan Pranatal

Penjagaan Pranatal

Apakah itu penjagaan pranatal?

  • Ia adalah pemeriksaan kesihatan yang berkala apabila anda disahkan mengandung.
  • Salah satu tujuan adalah untuk memastikan hubungan baik antara anda dan kakitangan kesihatan.
  • Kedua-dua keperluan perubatan dan psikologi anda akan ditangani.
  • Perkhidmatan ini dikendalikan oleh petugas yang terlatih di semua klinik-klinik kesihatan kerajaan.

Apa itu lawatan tempah?

Lawatan tempah adalah lawatan pertama anda ke klinik penjagaan pranatal.

  • Ini adalah lawatan mustahak untuk mengenal pasti dan menguruskan sebarang komplikasi kesihatan ( jika ada ) dan melakukan saringan faktor-faktor risiko yang mungkin dialami semasa tumbesaran janin dan akibatnya.
  • Ia perlu dilakukan sebaik sahaja anda disahkan mengandung.
  • Masa yang disyorkan bila anda mengandung kurang dari 12 minggu.
  • Lawatan pertama mungkin terlewat bagi kandungan anda tetapi masih dianggap lawatan tempah.

Semasa lawatan tempah, jururawat akan bertanyakan beberapa soalan berkaitan dengan:

  • Perihal pusingan haid anda
  • Sejarah peribadi
  • Sejarah keluarga
  • Sejarah perubatan dan pembedahan
  • Sejarah kandungan lampau (jika ada)
  • Latar belakang ekonomi dan sosial

Selepas sesi temuduga jururawat akan melakukan pemeriksaan fizikal.

Seterusnya anda perlu menjalani ujian di makmal.

Apabila anda selesai dengan proses tadi, terpulang kepada keadaan dan keputusan temuduga, pemeriksaan dan ujian makmal, rawatan diberikan mengikut kesesuaian.

Sebelum pulang, tarikh lawatan susulan anda akan diberi mengikut persetujuan anda

Jururawat akan memberikan salinan kad pranatal untuk disimpan oleh anda dan untuk dibawa bersama semasa lawatan ke klinik.

Keseluruhan proses mengambil masa 1- 2 jam bergantung kepada beban kerja klinik semasa lawatan anda.

Apakah yang dilakukan semasa lawatan susulan pranatal?

  • Semasa lawatan ini tahap kesihatan dan keadaan kandungan anda akan dinilai dan dipantau.
  • Penglibatan keluarga dan waris adalah digalakan:
    • Untuk sokongan emosi bila diperlukan.
    • Menggalakan mengikut nasihat dan program penjagaan pranatal.
    • Membantu mengenalpasti keperluan dan kehendak ibu.
    • Berbincang bagi merancang kelahiran.
  • Berikut adalah ativiti-aktiviti yang dilakukan semasa lawatan susulan:
    • Sejarah ringkas dari lawatan akhir pranatal yang telah direkodkan.
    • Pengambilan berat badan dan tekanan darah.
    • Ujian air kencing untuk protein dan gula.
    • Ketinggian rahim direkodkan di carta yang ditetapkan untuk pemantauan tumbesaran janin.
    • Kedudukan janin
      • Dinilai selepas kandungan 32 minggu.
      • Jika kedudukan janin tidak tepat, pemeriksaan ultrasound untuk kenal pasti kedudukan uri.
    • Denyutan jantung janin akan direkodkan.
    • Pelalian (diberikan bila sampai tempoh).

Berapa kerapkah lawatan pranatal?

Dicadangkan lawatan pranatal seperti berikut:

  • Sebelum 28 minggu - sebulan sekali
  • 28 - 35 minggu - setiap 2 minggu sekali
  • 36 minggu dan keatas - setiap minggu

Kekerapan lawatan bergantung kepada keperluan dan keadaan anda.

Bagaimana saya akan tahu bayi kandungan saya membesar dengan sihat?

Semasa lawatan pranatal kedua ibu dan kandungan anda akan dinilai dan dipantau.

Di sini disenaraikan aktiviti-aktiviti yang membantu petugas kesihatan untuk memantau kebaikan janin:

  • Mengukur ketinggian rahim (saiz perut anda)
  • Pemantauan pertambahan berat badan bagi setiap lawatan
  • Pemeriksaan ultra sound bagi menilai tumbesaran dan kedudukan janin.
  • Carta pergerakan janin - anda perlu mengira kekerapan tendangan janin dalam masa 12 jam
  • Denyutan jantung janin anda - dengan menggunakan mesin Doppler membolehkan anda mendengar denyutan jantung janin anda.
  • Cardiotocography (CTG ) - mesin yang digunakan untuk menilai keadaan janin jika dikhuatiri janin tidak membesar dengan baik.

Di mana saya boleh mendapat bantuan?

  • Di semua klinik kesihatan kerajaan (di kenali sebagai Poliklinik Komuniti, Klinik Kesihatan, Klinik Desa)
  • Klinik swasta
  • Hospital swasta

Bahan rujukan

  1. KKM (2003). Garispanduan Senarai Semak Mengikut Sistem Kod Warna Penjagaan Kesihatan Ibu Dan Bayi Edisi 3 (Versi Semakan)
  2. KKM (2002). Perinatal Care Manual