February 5, 2012

kursus 3: kek lapis bertema ..


inilah hasilnya kek lapis bertema ....process yg agak mencabar kesabaran ... 



setelah dipoting... utk melihat keberkesanan coraknya mengikut perasaan peserta..

yg sedih .. kali ni tak dpt paper beg ..ngan kipas tangan .. tp dpt sijil ..heheheheh

January 28, 2012

Kursus ke 2: Membuat Kek Lapis (Basic)


Kursus membuat kek lapis bertempat di Kolej Kominiti ,Miri Sarawak ..kusus pendek diadakan hanya satu hari dgn bayaran RM10 sahaja ..




Kek yg telah siap menjadi lapis... first time buat jadi ...tp buat dalam kumpulan .. 1 kumpulan 4-5 org ..


dan kek utk kumpulan kami adalah yg terbaik ... heheehe

January 26, 2012

hobby

bakal menyusul hobi yg kedua ... hehehheh sabtu nih nak pi KKM lg .. ada kursus cupcake ngan kek lapis ... tunggu arr ... apa yg akan dipelajari  ... hehhehe cam best jer pi kursus pendek nih... pastu dpt sijil ..heheheh

January 6, 2012

Hobi ..

(experiment yg ke - 2) Ini adalah jubah untuk alesya  yasmin ... baju ni maklang jahit tangan jer .. sb lom ada mesin jahit lg ....


Yang ni pulak kain duyung ..kain ni maklang buat masa belajar kat KKM ari tu ...  



(xperiment yg ketama ) baju kurung moden ... nampak mcm besarkan ... mmg ler dah saiz maklang skang ni XL .. tu pun masih nakpak ketat bila pakai ... (adoi ni kene kurus nih...)


(xperiment ketiga) ok yg ni pulak kain kipas maklang... hehehhe ... jadi gak buat kain kipas ni ... pasni nak carik baju plak .. ingat nak cari yg ready made jwe ..hahhhahh

yang ni dari sisi belakang .. tang kipas tu kain nyer sama ngan bhgian depan ... terror tak malang ...hahhhahahaha

December 22, 2011

Pemakanan Ketika Mengandung

Pemakanan Ketika Mengandung
Dr. Tee E Siong, Nutritionist
-
Apa yang anda makan ketika hamil, si bayi turut ‘makan’. Jika tabiat pemakanan anda tidak sihat kerana kekurangan atau berlebihan nutrien tertentu, kesihatan bayi dalam kandungan mungkin terjejas.

“Saya berpendapat bahawa setiap ibu sedar akan penjagaan pemakanan,” kata Tey Wan Chee, yang sibuk dengan mengasuh bayi perempuannya berumur 12 bulan dan seorang lagi yang masih dalam kandungan.

“Tetapi sebenarnya, saya tidak buat apa-apa yang drastik terhadap tabiat pemakanan saya. Anda hanya perlu pastikan supaya tidak makan benda yang kurang sihat.”

“Ibu saya pula memastikan bahawa saya minum banyak susu. Jika saya rasa seperti tidak mahu minum susu, dia beri saya makan keju – saya rasa dia bimbang paras kalsium saya!” sambung Wan Chee sambil ketawa.

DUGAAN SEMASA MENGANDUNG

Betul kata Wan Chee. Kebanyakan ibu memang tahu bahawa pemakanan baik merupakan asas mengandung dengan sihat.

Masalah sebenarnya berlaku apabila ‘dugaan’ mengandung muncul. Rasa loya, mengidam dan cerita-cerita lama tiba-tiba ‘menyerang’ dunia pemakanan anda, menyebabkannya goyah. Siapa yang anda patut dengar? Berikut adalah beberapa panduan nasihat:
 
Melihat dan menghidu bau makanan membuat saya muntah.

Saya terpaksa makan roti kosong! Bukan mudah untuk mendapati makanan yang tidak menimbulkan rasa loya atau muntah (dikenali sebagai ‘penyakit pagi’). Namun begitu, perut kosong akan menyebabkan keadaan bertambah teruk. Makanlah beberapa sarapan kecil dalam sehari, bukan tiga sarapan besar. Anda perlu makanan lemak rendah dan tidak berbau serta mudah dihadam, seperti nasi kosong, roti bakar, ubi kentang rebus, bijirin, buah-buahan lembut dan sup jernih. Elakkan daripada makanan berlemak atau goreng. Untuk kelegaan, ambil air halia, teh halia, minuman isotonik, teh kosong atau air barli sejuk.
Saya sentiasa mahu makan gula.

Tiap-tiap kali pun macam itu. Gula hanya satu contoh. Ada wanita yang mengidamkan jeruk, acar, coklat, cili dan lain-lain makanan yang tidak pernah diidami. Tiada bahaya dalam memuaskan keidaman, asalkan jangan keterlaluan sehingga hanya makan itu sahaja dan mengabaikan makanan lain.
Saya minum banyak air, tetapi masih sembelit.

Pergerakan sistem pencernaan pasti dipengaruhi kerana bayi bersandar atas usus anda. Betul pendapat anda untuk minum banyak air. Anda juga boleh memperolehi cecair daripada jus tidak manis dan sup. Memakan lebih makanan yang kaya dengan fiber akan mencegah dan meredakan sembelit. Makanan seperti bijirin, roti bijirin penuh, sayur-sayuran dan buahbuahan (terutamanya prun) baik untuk anda.
Ibu mertuaku sentiasa beri saya makanan. Dia kata saya sedang “makan untuk dua”.

Tidak, anda tidak harus “makan untuk dua”. Pertambahan berat yang berlebihan ketika hamil mengakibatkan masalah kesihatan untuk anda dan bayi. Anda akan mendapati susah untuk mengurangkan berat selepas bersalin. Sebagai panduan am, jika berat badan sebelum hamil adalah
normal, berat badan anda sepatutnya meningkat sebanyak 12 – 16 kg.
Saya dinasihatkan supaya menjauhi daripada makanan ‘sejuk’, ‘berangin’, ‘panas’ dan ‘beracun’. Tinggal apa lagi yang boleh dimakan?

Itu adalah pantang larang tradisional yang belum dibuktikan secara saintifik. Namun jika pantang larang tersebut (seperti tidak makan cili, nenas atau minum air kelapa) membawa sedikit kelegaan kepada anda, mengikutinya tidak mungkin berbahaya. Elakkan daripada keterlaluan seperti tidak memakan makanan yang mengandungi zat penting.
Si Bayi Perlu Makan!
Nutrien penting dan peranan masing-masing:
Nutrien
Untuk Ibu
Untuk Bayi
Karbohidrat Membekalkan tenaga untuk
semua perubahan dalam
badan.
Membekalkan tenaga untuk
proses yang membolehkan
perkembangan bayi, seperti
penghasilan sel baru dan
mengangkut nutrien melalui
plasenta.
Protein Membina tisu baru. Juga
membina sel darah baru,
enzim dan hormon.
Membina otot, tisu, hormon,
enzim, darah dan antibodi
bayi.
Vitamin-vitamin (terutamanya A,
B -kompleks, C
dan D)
Membina setor-setor badan
supaya anda dapat zat yang
mencukupi untuk anda dan
bayi.
Menyokong pelbagai fungsi
dan proses untuk memboleh-
kan bayi berkembang.
Mineral (terutamanya
kalsium dan zat
besi)
Membina setor-setor badan supaya anda dapat zat yang mencukupi untuk anda dan bayi. Kalsium membina tulang dan gigi bayi. Zat besi membina bekalan darah yang cukup untuk bayi dan plasenta.
 
Prinsip-prinsip Untuk ‘Makan’
Mahu makan dengan sempurna, tetapi tidak tahu bermula di mana? Tanyalah diri sendiri beberapa soalan yang berikut:
Pastikan makanan seimbang.
  • Adakah saya pilih makanan yang membekalkan berbagai-bagai nutrien?

  • Adakah saya makan banyak buahbuahan dan sayur-sayuran?

  • Adakah saya mempunyai lebih karbohidrat, kurang protein dan lagi kurang lemak dalam setiap sarapan? Cuba sesuatu yang berbeza setiap hari.

  • Pernahkah saya makan ini semalam, kelmarin dan hari sebelum itu?

  • Sudahkah saya cuba semua jenis sayuran, buah-buahan, bijirin, kacang dan lain-lain makanan yang berbeza?
  • Mengapa bosankan diri sendiri dengan makanan yang sama setiap hari? Rancang pemakanan anda.

  • Apa yang saya ingin makan minggu ini?

  • Bagaimana saya boleh buat sarapan lebih berzat (tambah sayur) atau lebih sihat (masak dengan kurang minyak)?

  • Adakah makanan mahal semestinya perlu? Jangan mendatangkan keracunan makanan kepada diri sendiri.

  • Adakah makanan saya segar, dibersihkan dengan sempurna dan dimasak dengan baik?

  • Patutkah saya makan di gerai tepi jalan yang menghidangkan makanan tidak ditutup?

  • Bolehkah saya makan sarapan ringkas yang disediakan di rumah untuk menggantikan makan di luar?

muntah muntah ketika hamil

Muntah-muntah ketika hamil

E-mailPrintPDF
MW Bil 873 11-18 Ogos 2000
Pak Bidan Oh Pak Bidan
www.timang.org
Kelolaan SITI ZARINAH HUSAIN

MUNTAH BERLEBIHAN BOLEH JEJASKAN KANDUNGAN

KISAH 1

SUDAH tiga hari berturut-turut Salmah asyik muntah-muntah. Lebih-lebih lagi apabila pembantu rumahnya menumis lauk-pauk. Salmah berasa bosan dengan keadaan yang dilaluinya. Namun apabila emaknya mendapat tahu keadaan Salmah, emaknya hanya tersenyum sahaja.

KISAH 2

"Saya tak tahanlah bau badan abang ini, jangan duduk dekat-dekat dengan saya," Tiba-tiba sahaja Maimon berkata begitu terhadap suaminya.
"Eh, abang baru saja lepas mandi ni, masih bau sabun lagi, awak kata tak tahan pula bau saya. Bau sabun wangi ini awak rasa busuk pulakkah?" Suami Maimon mulai mempertikaikannya.

KISAH 3

"Eh, kenapa pulak abang ini muntah-muntah saja. Sudahlah tu, tak pernah-pernah saya tengok abang ini makan benda-benda masam ini. Dulu bukan main lagi abang marah bila saya beli asam kecut ini. Tapi sekarang, kenapa pula abang dah suka makan pulak? Pelik sungguh," Soal Zaimah kepada suaminya.
"Entahlah Mah, tak tahulah abang. Tapi sejak akhir-akhir ini abang selalu muntah-muntah, rasa loya aja. Selalu tak ada selera makan, sebab itulah, abang makan asam kecut ini," balas Osman.



KETIGA-TIGA kisah di atas sebenarnya sering berlaku di dalam masyarakat. Begitulah antara perkara yang dilalui oleh para isteri yang mengandung pada tempoh tiga bulan terawal.
Fenomena loya, muntah-muntah dan menghadapi  masalah terseleweng bauan biasa dialami oleh wanita mengandung. Bahkan, ada juga di kalangan para suami mengalami muntah-muntah dan loya. Ikuti penjelasan Datuk Dr. Hamid Arshat mengenai perkara ini.



WANITA yang mempunyai pusingan haid teratur, iaitu sebulan sekali boleh mengetahui dengan mudah bahawa dirinya mengandung. Jika haidnya terlewat dari biasa, dia sudah boleh mengagak bahawa dirinya mengandung. Bagaimanapun dia perlu melakukan ujian air kencing untuk tujuan pengesahan kehamilan.
Bagaimanapun, bagi wanita yang mengalami haid tidak teratur, seperti antara 40 hari hingga 90 hari sekali, sukar wanita itu mengetahui bahawa dia megandung, jika haidnya tiada. Fenomena muntah dan loya boleh menjadi tanda-tanda awal yang boleh membantu seseorang wanita untuk mengetahui bahawa dirinya mengandung.
Apabila seseorang mengandung, dalam tempoh seminggu sahaja dia sudah mulai berasa loya, pening dan muntah-muntah. Keadaan ini menjadi bertambah teruk untuk tempoh 3 bulan pertama.
Ini menandakan hormon kandungan meningkat. Tempoh pertukaran yang mendadak ini menyebabkan mereka mengalami muntah-muntah dan loya. Selepas tiga bulan barulah keadaannya berkurangan
Saya menganggap perasaan loya, pening dan muntah di kalangan orang yang mengandung sebagai satu petanda baik kerana dengan tanda-tanda sedemikian kita boleh memastikan sama ada kandungannya luar biasa atau kembar.
Bagaimanapun ada orang yang mengandung tetapi tidak mengalami muntah. Sebaliknya pihak suami yang mengalami muntah dan loya. Oleh kerana itulah, kalau kita mahu katakan masalah muntah yang dialami disebabkan hormon tidak juga.
Di dalam hal suami yang mengalami muntah sebegini, memang tidak boleh difahami. Maksudnya dari segi perubatan, kita tak boleh menjawab kenapa ia boleh berlaku.
Namun, kita hanya boleh dikatakan ia mungkin telepati di pihak suami yang terlalu kasihan kepada isteri sehingga dirinya menanggung perasaan muntah sedemikian. Ada juga di kalangan suami yang mengalami resah gelisah sehingga tidak lena tidur.
Bagi pihak isteri yang mengalami loya dan muntah ini tidak memberi kesan buruk. Dalam tempoh tiga bulan pertama segala makanan simpanan dalam badannya, digerakkan untuk memberi makanan pada bayi. Oleh itu jika di kalangan orang mengandung tidak mempunyai selera makan atau makan banyak tidak mengapa.
 Namun muntah-muntah yang keterlaluan boleh menyebabkan kekeringan (dehydration) atau asidosis (cecairnya menjadi asid). Jika ini berlaku ia boleh mengancam bayi yang dikandung.
Bagaimanapun, jika seseorang itu mengalami keadaan kekeringan dan memang tidak berselera makan, dia boleh memasukkan air di dalam badan (drip).
Kini sudah ada hospital yang memberikan perkhidmatan harian (day bed). Mereka hanya datang ke hospital pada sebelah pagi untuk melakukan `drip' dan pulang selepas itu. Tujuannya ialah untuk membetulkan cecair dan logam dalam tubuh badannya serta mengembalikan kesegaran tubuhnya.
Selain muntah dan loya ada kalangan orang yang mengandung mengalami masalah tidak boleh menelan air liur sendiri. Setiap kali dia cuba menelan air liur, dia berasa tidak selesa.
Akibatnya dia akan asyik meludah sahaja. Ada juga yang mengalami masalah penyelewengan bau-bauan. Tidak kiralah sama ada dia berasa tidak selesa dengan bau-bauan masakan tertentu ataupun ada yang berasakan bau badan suaminya begitu berbeza dari sebelumnya.
Begitu juga di kalangan mereka yang mengandung ini semakin gemar memakan makanan masam. Contohnya jenis-jenis asam yang dijeruk atau buah-buahan muda. Tidak kurang juga yang mengidam untuk makan sesuatu. Keinginannya itu juga kalau boleh diperolehi dengan segera. Jika tidak dipenuhi, dia akan kecewa.
Orang yang mengandung gemar memakan makanan masam ini sebenarnya boleh menyebabkan gastrik, lebih-lebih lagi jika dia memakan makanan yang dijeruk. Ia mengandungi asid. Bahkan ia boleh mendatangkan risiko kepada bayi. Oleh itu memakan makanan yang dijeruk tidak begitu digalakkan di kalangan wanita mengandung.
Keadaan muntah, pening dan loya ini hanya biasanya berlaku sehingga tiga bulan kandungan. Masalah sebegini jarang sekali berterusan sehingga melahirkan anak.
Suasana sekeliling yang ceria amat penting dilalui oleh mereka yang mengandung. Keadaan stress misalnya boleh menyebabkan muntah-muntah yang dialami bertambah teruk. Sokongan moral dari suami, ibu bapa, saudara mara dan rakan-rakan amat penting. Sekurang-kuranngnya gejala muntah-muntah ini dapat dibendung atau dikurangkan.
Jika seseorang mengandung sakit dan perlu mengambil ubat, misalnya antibiotik dan ubat penahan sakit ia sebenarnya tidak menjadi masalah.
Setengah-setengah orang yang mengandung mengalami demam akibat virus misalnya mengalami keguguran, mengalami keguguran, biarpun setelah mengambil ubat-ubatan. Ia bukanlah disebabkan oleh pengambilan ubat-ubaan, sebaliknya ada virus  yang terlalu kuat dan boleh  masuk melalui uri sehingga boleh merosakkan janin.
Oleh sebab itulah sebaik-baiknya sebelum seseorang mengandung dia perlu mengekalkan kesihatannya sejak awal-awal lagi. Apabila mengandung dia akan mempunyai daya ketahanan yang tinggi dan tidak mengalami alahan. Pengambilan dos tinggi Vitamin C amat digalakkan untuk mengelakan serangan virus atau serangan bakteria.
Kuman  Rubella antara yang terkenal jika menyerang wanita mengandung boleh mengakibatkan kecacatan bayi.  Gadis-gadis digalakkan untuk mendapatkan pelalian Rubella sebelum mendirikan rumahtangga. Kini setelah program pelalian Rubella dijalankan di peringkat sekolah, dapat mengurangkan kelahiran bayi cacat di negara kita.
Saya juga ingin menasihatkan kepada wanita  mengandung agar jangan menggugurkan kandungan sama ada secara tradisional atau moden. Ada kalangan yang cuba melakukan pengguguran dengan memakan ramuan tertentu secara tradisional.
Risikonya jika keguguran gagal dilakukan sepenuhnya, mungkin bayi akan dilahirkan cacat. Jika ada sebab tertentu dan munasabah untuk menggugurkan kandungan, dapatkanlah nasihat dari doktor.
Pengalaman saya sedikit masa dahulu, ada seorang pesakit mendapatkan rawatan kerana mengalami tumpah darah. Saya menemui  lalang dan paku. Saya mengesyaki dia melakukan pengguguran sendiri.
Namun pesakit tersebut tidak mengakuinya. Ingin saya tekankan di sini risiko menggugurkan kandungan sedemikian bukan sahaja boleh menyebabkan anak cacat, tetapi boleh memberi risiko peranakan rosak atau mengakibatkan kemandulan.
Jadi, jika sudah didapati mengandung, teruskanlah sehingga melahirkan bayi. Jangan berasa takut tiada rezeki untuk masa depan anak-anak.

October 5, 2011

kecanggihan teknologi

 apabila keyboard desktop menjadi keypad handphone ...


dan apabila cursor yg kat desktop pun ada kat handphone ... betapa canggihnya teknologi skang ni .... hehehhe

September 30, 2011

oh miri

dah nak masuk bulan seploh dah ... ini bermakna hampir 10 bulan aku dah dok kat miri nih ... anyway .. pertengahan thn depan pulak aku akan berhijrah ke labuan .. tu pun tak pasti samada akan menetap disana .. atau akan balik ke miri semula .. semua tu bergantung kepada pihak yg berkenaan ...

July 8, 2011

Ubat Tradisional & Komplimentari

Ubat Tradisional & Komplimentari

Pengenalan

  • Ubat Tradisional dan Komplementari dipraktiskan bersama, selain daripada amalan perubatan atau pembedahan, oleh pengamal perubatan berdaftar seperti yang ditakrifkan dalam Akta Perubatan 1971.
  • Di bawah peraturan Kawalan Ubat dan Kosmetik, "ubat tradisional" bermakna sesuatu produk yang digunakan dalam amalan "ubat indigenus" , di mana ubat tersebut mengandungi satu atau lebih bahan semula jadi dalam tumbuhan, haiwan atau bahan galian dalam bentuk bahan mentah atau diekstraks secara kasar; dan perubatan homeopati.
  • Pengubatan Alternatif dan Komplementari (CAM) adalah satu amalan penjagaan kesihatan yang amat luas, yang bukannya sebahagian daripada amalan perubatan moden. Ia termasuk semua amalan dan idea tersendiri pengamalnya sebagai langkah mencegah atau merawat penyakit atau meningkatkan kesihatan dan keadaan diri.

Mengenai Ubat Tradisional Dan Komplimentari

  • Ubat-ubatan komplementari adalah satu terma yang boleh digunapakai dan ditukarganti dengan ubat-ubatan alternatif.
  • Menggunakan banyak bahan semulajadi sebagai ubat (contoh: pokok, herba, haiwan dan bahan galian asas untuk ubat-ubatan).
  • Boleh bersangkutpaut dengan penggunaan rawatan spiritual, teknik manual dan senaman.
  • TCM adalah dianggap tidak mahal berbanding dengan perubatan moden tetapi jumlah wang yang dibelanjakan oleh pesakit kadangkalanya tinggi.
  • TCM adalah diterima secara meluas terutamanya di kawasan luar bandar (kerana kaitannya dengan budaya dan kepercayaan).
  • Jenis Ubat tradisional yang terdapat di Malaysia:
    • Ubat Tradisional Melayu
    • Ubat Tradisional Cina
    • Ubat Tradisional India
    • Ubat Tradisional Iban

Keperluan Pendaftaran Untuk Ubat Tradisional

  • Semua ubat-ubatan tradisional di Malaysia perlu didaftarkan dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah.
  • Pendaftaran ubat tradisional adalah untuk memastikan ianya adalah selamat dan berkualiti.
  • Pengkelasan ubat tradisional:
    • Produk dalam bentuk pil, tablet, kapsul dan sebagainya yang mengandungi bahan semulajadi daripada tumbuhan, mineral atau sumber haiwan dalam bentuk bentuk asalnya atau bentuk ekstrak secara kasar.
    • Ubat tradisional untuk kegunaan luar yang mengandungi campuran kapur barus, menthol, dan /atau minyak esensial.
    • Produk kesihatan dan pemakanan yang mengandungi bahan semulajadi tumbuhan atau sumber haiwan dalam bentuk asal atau bentuk ekstrak secara kasar.
    • Produk kosmetik yang mengandungi bahan herba yang digunakan sebagai rawatan.
    • Minuman keras bagi tujuan perubatan, yang mengandungi bahan ubat tradisional.
    • Teh ubatan herba.
    • Sediaan anti-bintik hitam dan anti-kelemumur serta plaster yang mengandungi bahan aktif herba.

Panduan Menggunakan Ubat Tradisional (Termasuk Suplemen Herba)

  • Ubat tradisional/herba boleh bertindak dengan cara yang sama sebagaimana ubat moden. Oleh itu ianya juga boleh mendatangkan kesan mudarat jika diambil berlebihan atau secara tidak betul.
  • Walaupun ianya dilabelkan sebagai bahan semulajadi, ini tidak bermakna ianya selamat dan tidak memberikan kesan berbahaya. Sebagai contoh Kava telah dikaitkan dengan kerosakan hati yang teruk.
  • Wanita yang hamil atau menyusukan anak perlu lebih berhati-hati terhadap penggunaan suplemen herba. Begitu juga kanak-kanak yang diberi suplemen herba.
  • Sekiranya anda sedang menggunakan suplemen herba, sila maklumkan pada doktor atau ahli farmasi, kerana suplemen herba boleh berinteraksi dengan ubat moden dan menyebabkan kesan yang memudaratkan.

Serba Sedikit Mengenai Interaksi Yang Sangat Penting

  • Gingko - warfarin, aspirin:
    (berpotensi meningkatkan risiko pendarahan)
  • Ginseng - warfarin:
    (guna dengan berhati-hati, kesan ginseng tidak dapat diramalkan ke atas warfarin)
  • Horse Chestnut - warfarin:
    (berpotensi meningkatkan risiko pendarahan)
  • St John's Wort - Theophyline:
    (mungkin menurunkan keberkesanan theophyline jika digunakan bersama)
  • St John's wort - cyclosporine:
    (mungkin menurunkan keberkesanan cyclosporine)
  • St John's wort - digoxin:
    (mungkin menurunkan keberkesanan digoxin)
  • St john's wort - oral contraceptive :
    (mungkin menyebabkan pendarahan di antara pusingan haid, dan pendarahan haid yang tidak teratur)
  • St John's Wort - warfarin:
    (mungkin menurunkan keberkesanan warfarin)

Beberapa Sumber Bahan Semula Jadi Yang Terdapat Dalam Ubat Tradisional Di Malaysia

  • Tongkat Ali (Eurycoma longifolia)

  • Hempedu Bumi (Andrographis Paniculata)

  • Cotet Emas :
    digunakan untuk kesihatan wanita, terutamanya selepas bersalin
  • Misai Kucing (Orthosiphonis spp):
    untuk sakit sendi

  • Bunga Raya (Hibiscus spp)
    (akar- untuk rawatan demam dan lain lain, jus dari akar dan daun untuk masalah kulit, bunga untuk kosmetik)

  • Mengkudu (Morinda citrifolia):
    hilangkan rasa sakit, untuk perut kurang hadam
  • Dukung Anak

  • Pegaga

  • Gamat (Stichopus variegatus)


perubatan dan kehamilan

Kehamilan & Perubatan

Bagaimanakah kesan ubat-ubatan di atas kehamilan anda?

Ubat-ubat tertentu boleh memberi kesan buruk keatas janin pada bila-bila masa semasa mengandung. Sekiranya anda mengandung, ataupun merancang untukhamil, anda haruslah mengurangkan penggunaan ubat-ubatan dan juga sebarang ramuan herba yang boleh di beli di farmasi. Sesetengah ubat adalah selamat digunakan (contohnya penisillin). Terdapat juga ubat-ubatan yang tidak selamat digunakan (contohnya talidomida). Adalah sangat mustahak anda mendapatkan nasihat daripada anggota profesional perubatan sebelum pengambilan sebarang ubat-ubatan.

Apakah langkah pengawasan yang perlu anda ambil?

  • Berbincanglah dengan doktor ataupun ahli farmasi sebelum mengambil sebarang ubat-ubatan.
  • Sekiranya anda makan ubat secara tetap (contohnya untuk rawatan sawan), adalah penting bagi anda untuk berbincang dengan doktor terlebih dahulu sebelum hamil.
  • Sekiranya anda hamil tanpa dirancang, berbincanglah dengan doktor anda seawal mungkin mengenai ubat-ubatan yang sedang anda ambil.

Apakah ubat-ubatan yang biasa diberikan semasa kehamilan?

Masalah Jenis ubat-ubatan
Melegakan kesakitan,sakit kepala, sakit belakang atau demam
  • Paracetamol
Sembelit
  • Serat (bran, ispagula dan sterkulia).
  • Julap (laktulosa - selamat bagi jangka masa pendek).

(Tingkatkan pengambilan serat dan cairan sebanyak mungkin).

Buasir / urat timbul (pengembangan pembuluh verikosa)
  • Diosmin, hesperidin (Daflon
Batuk dan selesema
  • Guaifenesin dan dekstrometorfan
  • Difenhidramin (Benadryl)
  • Ubat batuk Vicks
  • Vicks VaporRub
Melegakan Alahan
  • Klorfeniramin (boleh menyebabkan mengantuk)
  • Dekongestan ataupun pelega kesesakan dada (Pseudoefedrin, fenilefrin, oksimetazolin) perlu dielakkan diawal kehamilan.

(Elakkan penggunaan semburan dekongestan kerana pegunaan berterusan akan merosakkan saluran dalaman hidung.

Ketidakhadaman, kembong perut, ketidakselesaan perut
  • Antasid untuk ketidakhadaman asid atau pedih ulu hati (Mylanta, Maalox, Gelusil).
  • Simetikon untuk perut kembung


Penjagaan Pranatal

Penjagaan Pranatal

Apakah itu penjagaan pranatal?

  • Ia adalah pemeriksaan kesihatan yang berkala apabila anda disahkan mengandung.
  • Salah satu tujuan adalah untuk memastikan hubungan baik antara anda dan kakitangan kesihatan.
  • Kedua-dua keperluan perubatan dan psikologi anda akan ditangani.
  • Perkhidmatan ini dikendalikan oleh petugas yang terlatih di semua klinik-klinik kesihatan kerajaan.

Apa itu lawatan tempah?

Lawatan tempah adalah lawatan pertama anda ke klinik penjagaan pranatal.

  • Ini adalah lawatan mustahak untuk mengenal pasti dan menguruskan sebarang komplikasi kesihatan ( jika ada ) dan melakukan saringan faktor-faktor risiko yang mungkin dialami semasa tumbesaran janin dan akibatnya.
  • Ia perlu dilakukan sebaik sahaja anda disahkan mengandung.
  • Masa yang disyorkan bila anda mengandung kurang dari 12 minggu.
  • Lawatan pertama mungkin terlewat bagi kandungan anda tetapi masih dianggap lawatan tempah.

Semasa lawatan tempah, jururawat akan bertanyakan beberapa soalan berkaitan dengan:

  • Perihal pusingan haid anda
  • Sejarah peribadi
  • Sejarah keluarga
  • Sejarah perubatan dan pembedahan
  • Sejarah kandungan lampau (jika ada)
  • Latar belakang ekonomi dan sosial

Selepas sesi temuduga jururawat akan melakukan pemeriksaan fizikal.

Seterusnya anda perlu menjalani ujian di makmal.

Apabila anda selesai dengan proses tadi, terpulang kepada keadaan dan keputusan temuduga, pemeriksaan dan ujian makmal, rawatan diberikan mengikut kesesuaian.

Sebelum pulang, tarikh lawatan susulan anda akan diberi mengikut persetujuan anda

Jururawat akan memberikan salinan kad pranatal untuk disimpan oleh anda dan untuk dibawa bersama semasa lawatan ke klinik.

Keseluruhan proses mengambil masa 1- 2 jam bergantung kepada beban kerja klinik semasa lawatan anda.

Apakah yang dilakukan semasa lawatan susulan pranatal?

  • Semasa lawatan ini tahap kesihatan dan keadaan kandungan anda akan dinilai dan dipantau.
  • Penglibatan keluarga dan waris adalah digalakan:
    • Untuk sokongan emosi bila diperlukan.
    • Menggalakan mengikut nasihat dan program penjagaan pranatal.
    • Membantu mengenalpasti keperluan dan kehendak ibu.
    • Berbincang bagi merancang kelahiran.
  • Berikut adalah ativiti-aktiviti yang dilakukan semasa lawatan susulan:
    • Sejarah ringkas dari lawatan akhir pranatal yang telah direkodkan.
    • Pengambilan berat badan dan tekanan darah.
    • Ujian air kencing untuk protein dan gula.
    • Ketinggian rahim direkodkan di carta yang ditetapkan untuk pemantauan tumbesaran janin.
    • Kedudukan janin
      • Dinilai selepas kandungan 32 minggu.
      • Jika kedudukan janin tidak tepat, pemeriksaan ultrasound untuk kenal pasti kedudukan uri.
    • Denyutan jantung janin akan direkodkan.
    • Pelalian (diberikan bila sampai tempoh).

Berapa kerapkah lawatan pranatal?

Dicadangkan lawatan pranatal seperti berikut:

  • Sebelum 28 minggu - sebulan sekali
  • 28 - 35 minggu - setiap 2 minggu sekali
  • 36 minggu dan keatas - setiap minggu

Kekerapan lawatan bergantung kepada keperluan dan keadaan anda.

Bagaimana saya akan tahu bayi kandungan saya membesar dengan sihat?

Semasa lawatan pranatal kedua ibu dan kandungan anda akan dinilai dan dipantau.

Di sini disenaraikan aktiviti-aktiviti yang membantu petugas kesihatan untuk memantau kebaikan janin:

  • Mengukur ketinggian rahim (saiz perut anda)
  • Pemantauan pertambahan berat badan bagi setiap lawatan
  • Pemeriksaan ultra sound bagi menilai tumbesaran dan kedudukan janin.
  • Carta pergerakan janin - anda perlu mengira kekerapan tendangan janin dalam masa 12 jam
  • Denyutan jantung janin anda - dengan menggunakan mesin Doppler membolehkan anda mendengar denyutan jantung janin anda.
  • Cardiotocography (CTG ) - mesin yang digunakan untuk menilai keadaan janin jika dikhuatiri janin tidak membesar dengan baik.

Di mana saya boleh mendapat bantuan?

  • Di semua klinik kesihatan kerajaan (di kenali sebagai Poliklinik Komuniti, Klinik Kesihatan, Klinik Desa)
  • Klinik swasta
  • Hospital swasta

Bahan rujukan

  1. KKM (2003). Garispanduan Senarai Semak Mengikut Sistem Kod Warna Penjagaan Kesihatan Ibu Dan Bayi Edisi 3 (Versi Semakan)
  2. KKM (2002). Perinatal Care Manual

May 2, 2011

waktu solat bagi bulan may 2011

Date Day Imsak Subuh Syuruk Zohor Asar Maghrib Isyak
01-05-2011 Sunday 04:49 04:59 06:17 12:27 15:45 18:33 19:45
02-05-2011 Monday 04:49 04:59 06:17 12:27 15:45 18:33 19:45
03-05-2011 Tuesday 04:48 04:58 06:16 12:27 15:45 18:33 19:45
04-05-2011 Wednesday 04:48 04:58 06:16 12:27 15:46 18:33 19:45
05-05-2011 Thursday 04:48 04:58 06:16 12:27 15:46 18:33 19:45
06-05-2011 Friday 04:47 04:57 06:16 12:27 15:46 18:33 19:45
07-05-2011 Saturday 04:47 04:57 06:16 12:26 15:46 18:33 19:45
08-05-2011 Sunday 04:47 04:57 06:16 12:26 15:47 18:33 19:46
09-05-2011 Monday 04:47 04:57 06:15 12:26 15:47 18:33 19:46
10-05-2011 Tuesday 04:46 04:56 06:15 12:26 15:47 18:33 19:46
11-05-2011 Wednesday 04:46 04:56 06:15 12:26 15:47 18:33 19:46
12-05-2011 Thursday 04:46 04:56 06:15 12:26 15:47 18:33 19:46
13-05-2011 Friday 04:46 04:56 06:15 12:26 15:48 18:33 19:46
14-05-2011 Saturday 04:45 04:55 06:15 12:26 15:48 18:33 19:46
15-05-2011 Sunday 04:45 04:55 06:15 12:26 15:48 18:34 19:47
16-05-2011 Monday 04:45 04:55 06:15 12:26 15:48 18:34 19:47
17-05-2011 Tuesday 04:45 04:55 06:15 12:26 15:49 18:34 19:47
18-05-2011 Wednesday 04:45 04:55 06:15 12:26 15:49 18:34 19:47
19-05-2011 Thursday 04:44 04:54 06:15 12:26 15:49 18:34 19:47
20-05-2011 Friday 04:44 04:54 06:15 12:26 15:49 18:34 19:48
21-05-2011 Saturday 04:44 04:54 06:15 12:26 15:50 18:34 19:48
22-05-2011 Sunday 04:44 04:54 06:15 12:26 15:50 18:34 19:48
23-05-2011 Monday 04:44 04:54 06:15 12:27 15:50 18:34 19:48
24-05-2011 Tuesday 04:44 04:54 06:15 12:27 15:50 18:34 19:49
25-05-2011 Wednesday 04:44 04:54 06:15 12:27 15:51 18:35 19:49
26-05-2011 Thursday 04:44 04:54 06:15 12:27 15:51 18:35 19:49
27-05-2011 Friday 04:44 04:54 06:15 12:27 15:51 18:35 19:49
28-05-2011 Saturday 04:44 04:54 06:15 12:27 15:51 18:35 19:50
29-05-2011 Sunday 04:44 04:54 06:15 12:27 15:52 18:35 19:50
30-05-2011 Monday 04:44 04:54 06:15 12:27 15:52 18:35 19:50
31-05-2011 Tuesday 04:44 04:54 06:15 12:27 15:52 18:36 19:50
31-05-2011 Tuesday 04:44 04:54 06:15 12:27 15:52 18:36 19:50

April 5, 2011

watu solat bagi miri

Date Day Imsak Subuh Syuruk Zohor Asar Maghrib Isyak
01-04-2011 Friday 05:01 05:11 06:26 12:34 15:35 18:37 19:46
02-04-2011 Saturday 05:01 05:11 06:26 12:34 15:36 18:37 19:46
03-04-2011 Sunday 05:00 05:10 06:26 12:33 15:36 18:37 19:46
04-04-2011 Monday 05:00 05:10 06:25 12:33 15:36 18:37 19:46
05-04-2011 Tuesday 05:00 05:10 06:25 12:33 15:37 18:37 19:46
06-04-2011 Wednesday 04:59 05:09 06:24 12:32 15:37 18:36 19:46
07-04-2011 Thursday 04:59 05:09 06:24 12:32 15:38 18:36 19:46
08-04-2011 Friday 04:58 05:08 06:24 12:32 15:38 18:36 19:45
09-04-2011 Saturday 04:58 05:08 06:23 12:32 15:39 18:36 19:45
10-04-2011 Sunday 04:57 05:07 06:23 12:31 15:39 18:36 19:45
11-04-2011 Monday 04:57 05:07 06:23 12:31 15:39 18:35 19:45
12-04-2011 Tuesday 04:56 05:06 06:22 12:31 15:40 18:35 19:45
13-04-2011 Wednesday 04:56 05:06 06:22 12:31 15:40 18:35 19:45
14-04-2011 Thursday 04:56 05:06 06:22 12:30 15:40 18:35 19:45
15-04-2011 Friday 04:55 05:05 06:21 12:30 15:41 18:35 19:45
16-04-2011 Saturday 04:55 05:05 06:21 12:30 15:41 18:35 19:45
17-04-2011 Sunday 04:54 05:04 06:21 12:30 15:41 18:35 19:45
18-04-2011 Monday 04:54 05:04 06:20 12:29 15:41 18:34 19:45
19-04-2011 Tuesday 04:53 05:03 06:20 12:29 15:42 18:34 19:45
20-04-2011 Wednesday 04:53 05:03 06:20 12:29 15:42 18:34 19:45
21-04-2011 Thursday 04:53 05:03 06:19 12:29 15:42 18:34 19:45
22-04-2011 Friday 04:52 05:02 06:19 12:28 15:43 18:34 19:45
23-04-2011 Saturday 04:52 05:02 06:19 12:28 15:43 18:34 19:45
24-04-2011 Sunday 04:51 05:01 06:18 12:28 15:43 18:34 19:45
25-04-2011 Monday 04:51 05:01 06:18 12:28 15:43 18:34 19:45
26-04-2011 Tuesday 04:51 05:01 06:18 12:28 15:44 18:34 19:45
27-04-2011 Wednesday 04:50 05:00 06:18 12:28 15:44 18:33 19:45
28-04-2011 Thursday 04:50 05:00 06:17 12:27 15:44 18:33 19:45
29-04-2011 Friday 04:50 05:00 06:17 12:27 15:44 18:33 19:45
30-04-2011 Saturday 04:49 04:59 06:17 12:27 15:45 18:33 19:45