Muntah-muntah ketika hamil
MW
Bil 873 11-18 Ogos 2000
Pak Bidan Oh Pak Bidan
www.timang.org
Kelolaan SITI ZARINAH HUSAIN
MUNTAH BERLEBIHAN BOLEH JEJASKAN KANDUNGAN
KISAH 1
SUDAH tiga hari berturut-turut Salmah asyik muntah-muntah. Lebih-lebih lagi apabila pembantu rumahnya menumis lauk-pauk. Salmah berasa bosan dengan keadaan yang dilaluinya. Namun apabila emaknya mendapat tahu keadaan Salmah, emaknya hanya tersenyum sahaja.
KISAH 2
"Saya tak tahanlah bau badan abang ini, jangan duduk dekat-dekat dengan saya," Tiba-tiba sahaja Maimon berkata begitu terhadap suaminya.
"Eh, abang baru saja lepas mandi ni, masih bau sabun lagi, awak kata tak tahan pula bau saya. Bau sabun wangi ini awak rasa busuk pulakkah?" Suami Maimon mulai mempertikaikannya.
KISAH 3
"Eh, kenapa pulak abang ini muntah-muntah saja. Sudahlah tu, tak pernah-pernah saya tengok abang ini makan benda-benda masam ini. Dulu bukan main lagi abang marah bila saya beli asam kecut ini. Tapi sekarang, kenapa pula abang dah suka makan pulak? Pelik sungguh," Soal Zaimah kepada suaminya.
"Entahlah Mah, tak tahulah abang. Tapi sejak akhir-akhir ini abang selalu muntah-muntah, rasa loya aja. Selalu tak ada selera makan, sebab itulah, abang makan asam kecut ini," balas Osman.
KETIGA-TIGA kisah di atas sebenarnya sering berlaku di dalam masyarakat. Begitulah antara perkara yang dilalui oleh para isteri yang mengandung pada tempoh tiga bulan terawal.
Fenomena loya, muntah-muntah dan menghadapi masalah terseleweng bauan biasa dialami oleh wanita mengandung. Bahkan, ada juga di kalangan para suami mengalami muntah-muntah dan loya. Ikuti penjelasan Datuk Dr. Hamid Arshat mengenai perkara ini.
WANITA yang mempunyai pusingan haid teratur, iaitu sebulan sekali boleh mengetahui dengan mudah bahawa dirinya mengandung. Jika haidnya terlewat dari biasa, dia sudah boleh mengagak bahawa dirinya mengandung. Bagaimanapun dia perlu melakukan ujian air kencing untuk tujuan pengesahan kehamilan.
Bagaimanapun, bagi wanita yang mengalami haid tidak teratur, seperti antara 40 hari hingga 90 hari sekali, sukar wanita itu mengetahui bahawa dia megandung, jika haidnya tiada. Fenomena muntah dan loya boleh menjadi tanda-tanda awal yang boleh membantu seseorang wanita untuk mengetahui bahawa dirinya mengandung.

Apabila seseorang mengandung, dalam tempoh seminggu sahaja dia sudah mulai berasa
loya, pening dan muntah-muntah. Keadaan ini menjadi bertambah teruk untuk tempoh
3 bulan pertama.
Ini menandakan hormon kandungan meningkat. Tempoh pertukaran yang mendadak ini menyebabkan mereka mengalami muntah-muntah dan loya. Selepas tiga bulan barulah keadaannya berkurangan
Saya menganggap perasaan loya, pening dan muntah di kalangan orang yang mengandung sebagai satu petanda baik kerana dengan tanda-tanda sedemikian kita boleh memastikan sama ada kandungannya luar biasa atau kembar.

Bagaimanapun ada orang yang mengandung tetapi tidak mengalami muntah. Sebaliknya
pihak suami yang mengalami muntah dan loya. Oleh kerana itulah, kalau kita mahu
katakan masalah muntah yang dialami disebabkan hormon tidak juga.
Di dalam hal suami yang mengalami muntah sebegini, memang tidak boleh difahami.
Maksudnya dari segi perubatan, kita tak boleh menjawab kenapa ia boleh berlaku.
Namun, kita hanya boleh dikatakan ia mungkin telepati di pihak suami yang terlalu kasihan kepada isteri sehingga dirinya menanggung perasaan muntah sedemikian. Ada juga di kalangan suami yang mengalami resah gelisah sehingga tidak lena tidur.

Bagi pihak isteri yang mengalami loya dan muntah ini tidak memberi kesan buruk.
Dalam tempoh tiga bulan pertama segala makanan simpanan dalam badannya, digerakkan
untuk memberi makanan pada bayi. Oleh itu jika di kalangan orang mengandung
tidak mempunyai selera makan atau makan banyak tidak mengapa.
Namun
muntah-muntah yang keterlaluan boleh menyebabkan kekeringan (dehydration) atau
asidosis (cecairnya menjadi asid). Jika ini berlaku ia boleh mengancam bayi
yang dikandung.
Bagaimanapun, jika seseorang itu mengalami keadaan kekeringan dan memang tidak berselera makan, dia boleh memasukkan air di dalam badan (drip).

Kini sudah ada hospital yang memberikan perkhidmatan harian (day bed). Mereka
hanya datang ke hospital pada sebelah pagi untuk melakukan `drip' dan pulang
selepas itu. Tujuannya ialah untuk membetulkan cecair dan logam dalam tubuh
badannya serta mengembalikan kesegaran tubuhnya.
Selain muntah dan loya ada kalangan orang yang mengandung mengalami masalah tidak boleh menelan air liur sendiri. Setiap kali dia cuba menelan air liur, dia berasa tidak selesa.

Akibatnya dia akan asyik meludah sahaja. Ada juga yang mengalami masalah penyelewengan
bau-bauan. Tidak kiralah sama ada dia berasa tidak selesa dengan bau-bauan masakan
tertentu ataupun ada yang berasakan bau badan suaminya begitu berbeza dari sebelumnya.
Begitu juga di kalangan mereka yang mengandung ini semakin gemar memakan makanan masam. Contohnya jenis-jenis asam yang dijeruk atau buah-buahan muda. Tidak kurang juga yang mengidam untuk makan sesuatu. Keinginannya itu juga kalau boleh diperolehi dengan segera. Jika tidak dipenuhi, dia akan kecewa.

Orang yang mengandung gemar memakan makanan masam ini sebenarnya boleh menyebabkan
gastrik, lebih-lebih lagi jika dia memakan makanan yang dijeruk. Ia mengandungi
asid. Bahkan ia boleh mendatangkan risiko kepada bayi. Oleh itu memakan makanan
yang dijeruk tidak begitu digalakkan di kalangan wanita mengandung.
Keadaan muntah, pening dan loya ini hanya biasanya berlaku sehingga tiga bulan
kandungan. Masalah sebegini jarang sekali berterusan sehingga melahirkan anak.
Suasana sekeliling yang ceria amat penting dilalui oleh mereka yang mengandung. Keadaan stress misalnya boleh menyebabkan muntah-muntah yang dialami bertambah teruk. Sokongan moral dari suami, ibu bapa, saudara mara dan rakan-rakan amat penting. Sekurang-kuranngnya gejala muntah-muntah ini dapat dibendung atau dikurangkan.

Jika seseorang mengandung sakit dan perlu mengambil ubat, misalnya antibiotik
dan ubat penahan sakit ia sebenarnya tidak menjadi masalah.
Setengah-setengah orang yang mengandung mengalami demam akibat virus misalnya mengalami keguguran, mengalami keguguran, biarpun setelah mengambil ubat-ubatan. Ia bukanlah disebabkan oleh pengambilan ubat-ubaan, sebaliknya ada virus yang terlalu kuat dan boleh masuk melalui uri sehingga boleh merosakkan janin.

Oleh sebab itulah sebaik-baiknya sebelum seseorang mengandung dia perlu mengekalkan
kesihatannya sejak awal-awal lagi. Apabila mengandung dia akan mempunyai daya
ketahanan yang tinggi dan tidak mengalami alahan. Pengambilan dos tinggi Vitamin
C amat digalakkan untuk mengelakan serangan virus atau serangan bakteria.
Kuman Rubella antara yang terkenal jika menyerang wanita mengandung boleh mengakibatkan kecacatan bayi. Gadis-gadis digalakkan untuk mendapatkan pelalian Rubella sebelum mendirikan rumahtangga. Kini setelah program pelalian Rubella dijalankan di peringkat sekolah, dapat mengurangkan kelahiran bayi cacat di negara kita.

Saya juga ingin menasihatkan kepada wanita mengandung agar jangan menggugurkan
kandungan sama ada secara tradisional atau moden. Ada kalangan yang cuba melakukan
pengguguran dengan memakan ramuan tertentu secara tradisional.
Risikonya jika keguguran gagal dilakukan sepenuhnya, mungkin bayi akan dilahirkan
cacat. Jika ada sebab tertentu dan munasabah untuk menggugurkan kandungan, dapatkanlah
nasihat dari doktor.
Pengalaman saya sedikit masa dahulu, ada seorang pesakit mendapatkan rawatan kerana mengalami tumpah darah. Saya menemui lalang dan paku. Saya mengesyaki dia melakukan pengguguran sendiri.
Namun pesakit tersebut tidak mengakuinya. Ingin saya tekankan di sini risiko menggugurkan kandungan sedemikian bukan sahaja boleh menyebabkan anak cacat, tetapi boleh memberi risiko peranakan rosak atau mengakibatkan kemandulan.

Jadi, jika sudah didapati mengandung, teruskanlah sehingga melahirkan bayi.
Jangan berasa takut tiada rezeki untuk masa depan anak-anak.
No comments:
Post a Comment